Membuat Bunga Dip Ros

Assalamualaikum,

Ok, ini dia tutorial untuk anda yang seperti saya janjikan.

Langkah-langkah:

1. Sediakan rangka kelopak: 1 unit A untuk bahagian tengah dan 18 unit B berbentuk hati.

2.  Lengkungkan kelopak berbentuk hati dengan menggunakan pen.

3.  Kelopak yang telah dilengkungkan.

4. Celupkan rangka ke dalam bunga dip.

5. Kerangka berbentuk hati dicelup dalam larutan dip.

6. Menunggu kelopak dikeringkan.

7. Bahagian tengah digulung.

8. Bahagian yang siap digulung.

9. Kelopak seterusnya digulung.

7.  Bahagian tengah digabungkan.

8. Kelopak ditambah satu demi satu.

9.  Bunga ros hampir siap.

10.  Bunga ros yang telah disiapkan.

11. Gam atau ‘strengthener’ di sapu dan perada ditambah.

12. Bunga ros yang telah siap ditambah perada.

Ok. Inilah sahaja sedikit tutorial untuk membuat bunga ros, diharap ianya dapat sedikit sebanyak membantu anda semua.  InsyaAllah dalam posting akan datang saya akan tunjukkan cara untuk menggubah dengan berpandukan beberapa teori gubahan.

Terima kasih.

Wasalam.

Posted in bahan-bahan, bunga dip, cara membuat bunga dip | 26 Comments

Tips Memilih Warna Tema part 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu alaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya dah lama saya fikirkan untuk tulis entry kali ini. Tapi bila saya mula merangka untuk menulis, selalunya berakhir dengan information overload ataupun kebanjiran maklumat. Akhirnya saya keliru dan kehilangan punca untuk menulis. Maklumlah blogger amatur :-)

Di mana saya patut mula ye….? Berdasarkan pengalaman saya yang tidak  seberapa ni, memilih warna tema memang agak rumit bagi pasangan pengantin yang sudah tentu mempunyai warna kegemaran masing-masing. Sang puteri mengimpikan perkahwinan bertemakan fruitty pinky tetapi sang putera malu-malu untuk memakai pakaian berwarna merah jambu….takut digelar “mat jambu” :). Maka sang putera mencadangkan warna hitam, hitam itu menawan katanya…sang puteri membangkang kerana hitam: kaler orang berkabung…

Pilih warna yang bersesuaian dengan rona kulit anda: Anda perlu memilih warna yang menyerlahkan penampilan anda. Ingat! anda adalah raja sehari, anda yang patut menjadi tumpuan pada hari bahagia tersebut. Berdasarkan carian dan bacaan saya, secara umumnya rona kulit boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Cool dan Warm. Untuk kenali rona kulit anda sila rujuk carta dibawah.

sumber dari: http://www.threecustom.com/

Setelah anda mengenali rona kulit anda, boleh la merujuk kepada carta yang berikut untuk memilih warna tema yang bersesuaian dengan kulit anda.

ini untuk Cool Skin Tone

ini pula untuk Warm Skin Tone

Sumber :http://www.yourlifemagazine.com/style.html

Hingga ke entry yang seterusnya mengenai tips pemilihan warna.

:-)

Posted in bunga dip, tips perkahwinan | 1 Comment

Berehat Sejenak Sambil Menjamu Mata

Assalamualaikum,

Saya sebenarnya dalam persediaan untuk mengadakan satu tutorial membuat bunga ros dalam masa yang terdekat ini.  Namun disebabkan kesibukan tugas dan tanggungjawab seharian niat itu masih belum dapat dilaksanakan.  InsyaAllah dalam hujung minggu ini kemungkinan pada hari Sabtu, saya akan ‘curi’ sedikit masa untuk maksud itu, jadi kepada yang ingin belajar cara-cara membuat bunga ros dip, jangan lupa mengintai-intai blog ini pada hujung minggu ini.

Untuk tidak mengecewakan para pengunjung saya kongsikan beberapa foto bunga dip yang dipamerkan di dalam satu ‘showcase’ di Plaza City One ketika kunjungan saya ke sana beberapa bulan yang lalu.  Bunga-bunga ini adalah hasil karya Pn. Zalia menurut maklumat yang dipaparkan disitu.  Saya percaya Pn. Zalia ini adalah orang yang  memberi tunjuk ajar dalam majalah Nona mengenai cara-cara membuat bunga dip.  Kepada yang berminat untuk menghubungi beliau untuk tempahan, no telefonnya adalah seperti berikut 012-2974262.  Bunga dip hasil karyanya memang amat mengkagumkan.

Perkara kedua yang ingin saya sampaikan ialah saya telah menyediakan satu lagi blog yang dinamakan Butik Ariyani yang juga telah saya sediakan linknya di sebelah kanan.  Tujuan saya mengadakan blog tersebut adalah sebagai cabang komersial daripada blog ini sebagai mematuhi dan menghormati TOS hosting percuma oleh wordpress.  Di sana nanti saya akan mengiklankan bunga-bunga dip untuk tempahan dan lain-lain barangan yang bersesuaian.  Saya juga ingin menjemput para pengunjung yang berhasrat untuk mengiklankan apa-apa barangan jualan anda  di blog tersebut.  InsyaAllah dengan cara tersebut kita kan sama-sama mendapat manfaat untuk dikongsikan.

Sekian dahulu untuk kali ini, jumpa lagi.

Wasallam.

Posted in bunga dip, cara membuat bunga dip, contoh bunga dip | Leave a comment

Bunga-bunga Dip Percubaan Part 2

Assalamualaikum,

Saya sambung semula pengalaman saya membuat bunga dip. Cecair dip jenis B ini saya temui di Syarikat Bunga Reben di Plaza City One, Jalan Munshi Abdullah (berhampiran dengan Jalan Masjid India). Di kedai ini, saya lihat pelbagai jenis cecair dip boleh didapati, dari jenis yang legap opaque hingga ke jenis lutsinar transparent. Cecair dip jenis B ini paling mudah dikendalikan berbanding dengan jenis A dan C. Saya mencuba membuat bunga kegemaran saya sekali lagi dengan cecair dip jenis B berwarna ruby red. Hasilnya…….

Bunga-bunga kecil pula saya gunakan dari jenis B juga kod warna Ivory Gold.

Saya merasakan teknik membuat bunga ros saya semakin baik apa bila saya menghasilkan bunga ros ini. :)

Memandangkan semangat saya masih berkobar-kobar maka, saya berusaha untuk menghasilkan kuntuman ros putih menggunakan cecair dip jenis A (made in USA). Hasilnya tetap tidak mengecewakan…..(pada pandangan saya seorang amatur ni la..)

Posted in bahan-bahan, bunga dip, cara membuat bunga dip | 2 Comments

Cara Membuat Bunga Dip

Salam,
Post kali ini saya ingin bercerita tentang cara-cara membuat bunga dip kecil. Bunga dip kecil ini penting untuk menambah seri pada gubahan bunga yang dihasilkan. Bunga-bunga ini juga dikenali sebagai filler dalam gubahan bunga. Walau bagaimana pun, jika anda ingin menghasilkan bunga hydrangea teknik yang sama juga perlu anda gunakan. Cuma kuntuman kecil yang dihasilkan itu perlulah dikumpulkan dalam satu kelompok untuk membentuk kuntuman -kuntuman hydrangea seperti gambar di bawah.

teknik bunga dip kecil
gambar daripada http://www.mayweddingflowers.com

Teknik-tekniknya adalah:

  1. Pen/pensil/marker (apa2 saja objek berbentuk silinder sebagai acuan untuk membentuk bulatan)
  2. Dawai dililitkan sebanyak 5 lilitan (untuk hasilkan 5 kelopak bunga) di sekeliling acuan silinder pilihan anda.
  3. Sisipkan hujung dawai di bawah lilitan (untuk mengikat lilitan yang dihasilkan)
  4. Bentukkan kelopak mengikut jenis bunga yang ingin dihasilkan.
  5. Celupkan dalam cecair dip. (Pastikan cecair dip tidak terlalu pekat, sila rujuk post saya sebelum ini)
  6. Biarkan cecair dip benar-benar kering sebelum mencelup atau menyembur strengthener kepada bunga.
  7. Taburkan prada/gold dust/glass beads untuk kesan berkilat pada bunga.
  8. Letakkan juga manik di tengah-tengah bunga sebagai inti bunga.
  9. Biarkan strengthener kering.
  10. Balutkan bunga yang dihasilkan pada dawai bunga dengan menggunakan floral tape.

Anda boleh menonton video yang saya hasilkan ini untuk bantuan visual mengenai teknik-teknik untuk menghasilkan bunga dip kecil tersebut. Selamat mencuba!

Posted in bahan-bahan, bunga dip, cara membuat bunga dip | 17 Comments

Bunga-bunga Dip Percubaan

Bunga dip percubaan pertama berwarna putih dan yang kedua berwarna merah jambu.

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana agak terlewat ‘mengupdate’ blog ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang sudi singgah di blog ini. Hari ini merupakan hari ke 15 blog ini dizahirkan di alam cyber ini dan jumlah pengunjung juga telah mencapai lebih dari 100 orang, termasuk dari negara tetangga kita Indonesia saya percaya. Syukur Alhamdulillah, inilah diantara kelebihannya alam cyber dan semoga anda semua mendapat manfaat dari blog ini dalam apa jua bentuk sekali pun. Sudi-sudilah tinggalkan pesanan di ruangan komen jika berkesempatan.

Seperti yang saya janjikan saya ingin berkongsi dengan anda beberapa pengalaman pertama saya membuat bunga dip. Cecair dip yang pertama saya beli ialah jenis C (rujuk post sebelum ini) dan diperbuat dari USA. Cecair dip jenis ini berbau wangi dan saya memilih warna yang ‘opaque’ atau legap iaitu warna coklat dan putih. Jenis bunga yang telah lama saya idamkan untuk dibuat ialah bunga ros, maka ujikaji pertama saya ialah bunga ros berwarna putih. Setelah siap membuat gelung-gelung dawai yang dibentuk, sampailah ke saat-saat yang dinanti-nantikan iaitu masa untuk meng’dip’kan gelung-gelung dawai tersebut.Dip punya dip satu pun tak menjadi, habis rosak dawai-dawai tersebut, tak tahu dimana salahnya. Setelah hampir sebotol thinner digunakan hanya sedikit sahaja gelung-gelung kelopak bunga yang berjaya dihasilkan untuk membentuk cuma sekuntum bunga ros.

Dari situ saya meneruskan carian maklumat di internet dan saya mendapat satu maklumat iaitu cecair dip jenis ‘made in USA’ agak sukar untuk digunakan. Keesokan harinya saya terus mencari cecair dip ‘jenis made in China’ yang dikatakan lebih mudah untuk digunakan. Setelah mencari dibeberapa kedai di sekitar bandaraya Ipoh, akhirnya saya berjaya menemui cecair dip jenis A di sebuah kedai bunga. Memang benar, setelah saya mencuba dengan cecair jenis A ini, ternyata ia lebih mudah dikendalikan berbanding jenis C.

Saya berjaya menghasilkan beberapa kuntum bunga ros berwarna merah jambu dengan cecair jenis A ini. Di antara dua jenis bunga yang dihasilkan saya berpendapat bunga yang dihasilkan dari cecair jenis C adalah lebih menarik kerana ia lebih tegap, kurang berkedut dan warna lebih terang. Walaupun begitu saya masih belum berpuas hati dengan kualiti bunga yang dihasilkan dan saya perlu mencari lagi satu jenis cecair dip untuk di cuba. Saya akan ceritakan pengalaman saya dengan cecair jenis B di kesempatan yang lain. Jumpa lagi.

Posted in bahan-bahan, bunga dip, cara membuat bunga dip | 4 Comments

Bahan-bahan Keperluan


Assalamualaikum,

Inilah dia bahan-bahan yang telah saya beli di beberapa tempat di Ipoh dan KL untuk memulakan hobi baru saya. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

1. Thinner
2. Cecair Dip Jenis A
3. Serbuk Dip Glass Beads
4. Cecair Dip Jenis B
5. Strengthener
6. Floral Tape
7. Cecair Dip Jenis C
8. Cutter & Pliers
9. Dawai
10. Inti Bunga
11. Gold Dust

Anda boleh dapatkan bahan-bahan ini dibeberapa kedai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Harga bahan agak berbeza-beza dalam RM1 hingga RM2 mengikut kedai. Sila gunakan pautan yang disediakan untuk maklumat kedai-kedai menjual bahan bunga dip.

Posted in bahan-bahan, bunga dip | 13 Comments