Salam Perkenalan

Terima kasih kepada pengunjung yang sudi singgah ke halaman web Bunga Dip ini. Saya harap anda semua didalam keadaan baik sihat walafiat hendaknya. Kepada yang tidak pernah tahu apa dia bunga dip atau bunga q-dip, atau penggiat seni bunga dip ini, maka inilah dia saya bawakan satu website untuk dimanfaatkan bersama-sama. Saya berharap dengan adanya website ini para pengunjung akan lebih mudah mendapatkan apa-apa maklumat berkenaan bunga dip serta dapat berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan pengunjung yang lain.
Untuk makluman pengunjung sekalian, saya juga adalah merupakan seorang yang baru berkecimpung dalam seni pembuatan bunga dip. Walaupun saya telah lama menaruh minat dan berazam untuk membuat bunga dip sendiri, hanya pada tahun ini sahaja matlamat ini dapat saya capai.
Ketika mencari-cari maklumat berkenaan bunga dip di internet, saya dapati tiada satu pun website menggabungkan maklumat berkenaan bunga dip di suatu portal secara teratur. Boleh dikatakan maklumat-maklumat ini bertaburan di sana-sini di dalam dunia cyber ini sehingga proses mendapatkan maklumat menjadi pengalaman yang memenatkan. Maklum sahajalah nak mengadap internet pun dah agak jauh malam setelah selesai semua tugasan sebagai ibu dan isteri.
Saya harap anda yang baru mula berjinak-jinak dengan bunga dip tidak perlulah menghabiskan banyak masa mencari maklumat seperti yang saya lalui itu dengan adanya website ini. Lagi pun zaman ini adalah zaman orang berkongsi maklumat, tidak ada apa-apa ilmu yang perlu disorokkan…”sharing is caring”.
Di website ini saya telah letakkan pautan-pautan kepada otai-otai seperti kak krie, qiasatina dan lain-lain untuk dijadikan sebagai role model kepada para newbie macam saya. Hasil kerja mereka memang walla…menarik tertarik kau memang the bomb!
Selain itu saya juga letakkan beberapa lagi pautan kepada beberapa orang yang menyediakan kelas untuk belajar membuat bunga dip, tempat membeli bahan dan beberapa website lain untuk dijadikan reference yang saya rasakan berguna.
O.k. tentang perjalanan penghasilan bunga dip saya, sebenarnya ini sudah menjalankan beberapa ujikaji dengan beberapa jenis bahan semenjak seminggu yang lalu. Syukur Alhamdulillah setelah hampir satu jambak bunga yang “tak berapa menjadi” dihasilkan akhirnya berjaya juga saya hasilkan bunga dip “ala-ala berjaya”. Ini kira berjaya level newbie sahaja, bukan level otai…:P. InsyaAllah ada kelapangan nanti saya kan upload gambar dan kita akan tengok bersama-sama.

This entry was posted in bunga dip and tagged . Bookmark the permalink.

12 Responses to Salam Perkenalan

  1. rafiqah says:

    Dear,
    suka sgt baca blog u nih….good sharing. I pon baru berjinak-jinak ngan dunia craft ni esp bunga dip yg memang dah lama i teringin sgt nak venture. Alhamdulillah dah materialised in last April eventhough still at a very early stage….U nye blog ni kira2 leh jadi sumber ilham i lah hehehe…thanks

  2. emiariyani says:

    Salam Rafiqah,
    terima kasih kerana komen anda dan tahniah kerana menjadi pengulas pertama blog ini…kadang-kadang rasa macam cakap sesorang pun ada🙂 …ok saya singgah di blog anda dan hasil kerja anda tak nampak macam newbie pun…hebat…sangat mengujakan ;)… saya akan masukkan link anda ke bahagian link ditepi bila ada masa, InsyaAllah…
    thanks

  3. zella says:

    salam…
    trima kasih kerana byk info tentang bunga dip…
    harap2 lps ni boleh beri lg byk tutorial…
    thanks alot…

  4. weny muqodas says:

    asallamualaikum….maaf,, saya mau tanya? dip itu sejenis apa ya…?? maaf saya msh bingung…dgn dip?

  5. cara yang bagus. tapi kalau boleh? saya nak berlajar dengan lebih teliti lagi, kalau tak keberatan?

  6. sakdiah says:

    salam…

    akak..saya baru nak jinak2 buat dip ni….di sebab kan tinggal jauhh d utara…nak cari cecair dip ni sikit punya susah…bila dah datang kl..saya terus pegi sayang you…tanpa banyak tanya saya terus sambar 3 4 cecair dip…tetapi malang bila balik buat…warna x sekata…kat tepi tebal..bila baca blog akak ni baru saya perasan yg saya beli DIP made in USA…boleh akak suggest kan cecair DIP apa yg elok…

    • emiariyani says:

      salam sakdiah,
      kalau ikut pengalaman saya, jenis A atau B (rujuk posting bahan-bahan keperluan) lebih mudah digunakan, tapi jenis yang sakdiah beli tu pun ok juga sebenarnya, cuma nak adjust dia punya kepekatan tu agak susah sikit tapi kalau dah dapat hasil dia yang paling cantik saya rasa….

  7. aien says:

    cecair dip ney bleh didapati dgn harga berapa yea???
    tq…

  8. zainal othman says:

    dipoh kedai kat mana bolih beli bahan 2buat bunga dip

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s