Cara Membuat Bunga Dip

Salam,
Post kali ini saya ingin bercerita tentang cara-cara membuat bunga dip kecil. Bunga dip kecil ini penting untuk menambah seri pada gubahan bunga yang dihasilkan. Bunga-bunga ini juga dikenali sebagai filler dalam gubahan bunga. Walau bagaimana pun, jika anda ingin menghasilkan bunga hydrangea teknik yang sama juga perlu anda gunakan. Cuma kuntuman kecil yang dihasilkan itu perlulah dikumpulkan dalam satu kelompok untuk membentuk kuntuman -kuntuman hydrangea seperti gambar di bawah.

teknik bunga dip kecil
gambar daripada http://www.mayweddingflowers.com

Teknik-tekniknya adalah:

  1. Pen/pensil/marker (apa2 saja objek berbentuk silinder sebagai acuan untuk membentuk bulatan)
  2. Dawai dililitkan sebanyak 5 lilitan (untuk hasilkan 5 kelopak bunga) di sekeliling acuan silinder pilihan anda.
  3. Sisipkan hujung dawai di bawah lilitan (untuk mengikat lilitan yang dihasilkan)
  4. Bentukkan kelopak mengikut jenis bunga yang ingin dihasilkan.
  5. Celupkan dalam cecair dip. (Pastikan cecair dip tidak terlalu pekat, sila rujuk post saya sebelum ini)
  6. Biarkan cecair dip benar-benar kering sebelum mencelup atau menyembur strengthener kepada bunga.
  7. Taburkan prada/gold dust/glass beads untuk kesan berkilat pada bunga.
  8. Letakkan juga manik di tengah-tengah bunga sebagai inti bunga.
  9. Biarkan strengthener kering.
  10. Balutkan bunga yang dihasilkan pada dawai bunga dengan menggunakan floral tape.

Anda boleh menonton video yang saya hasilkan ini untuk bantuan visual mengenai teknik-teknik untuk menghasilkan bunga dip kecil tersebut. Selamat mencuba!

About these ads
This entry was posted in bahan-bahan, bunga dip, cara membuat bunga dip. Bookmark the permalink.

17 Responses to Cara Membuat Bunga Dip

  1. zella says:

    wah..thanks for sharing…
    sy nak ty,sy pernah lihat bunga dip seakan2 berpasir…
    agak2nya bahan apa yg di gunakan ye…

  2. sariyati ayob says:

    dekat alor setar tak terdapat kedai menjual dip ni, so bagaimana saya nak memperolehinya ya..boleh tlg tak. Tq.

  3. Salam…

    Kat mana bley dapatkan cecair dip tuh?

  4. sakdiah says:

    salam ….

    akak saya nak tanya…saya baru lagi dalam dunia dip ni…..d sebab kan tinggal jauh d utara bahan untuk membuat dip memang susah nak dapat..jadii 2 minggu lepas saya pegi kl..dapat lah dip liquid…
    dengan semangat berkobar2 balik lah buat….yg saya hairan..apsal warna jadi x sekata..x cantik mcm dalam link2 yg d beri..baca punya baca blog akak ni baru saya perasan..saya terbeli liquid dip dr U.S.A…..ada beza ke kak???

  5. mun says:

    Salam,
    akak, saya try buat bunya dip tu tapi cecair dip tu macam susah betul nak cair.
    bila saya tambah thinner cecair tu mcm berketul dan susah nak lekat kat dawai.
    akak tolong la bg tips
    tq..

  6. siti says:

    salam , akak saya baru menceburi bidang pembuatan bunga dip ini , dimana kah bahan – bahan yang boleh diperolehi di negeri terengganu , terima kasih atas bantuan akak

  7. tina says:

    mcm mana nak buat heart shape ? tq

  8. emiariyani says:

    bentukkan bulat dan tekan di satu bahagian untuk membentuk lekuk dan adjust guna jari… ; )

  9. smart5girl says:

    wauuuu, bgs bngt ya……….
    jadi kepengen dech

  10. nurhaila says:

    Macam mana nak bg dip tu xpekat? Nak kene campur apa2 bahan lain ke ke dalam dip?COz dip sy terlalu pekat .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s