Salam Perkenalan

Terima kasih kepada pengunjung yang sudi singgah ke halaman web Bunga Dip ini. Saya harap anda semua didalam keadaan baik sihat walafiat hendaknya. Kepada yang tidak pernah tahu apa dia bunga dip atau bunga q-dip, atau penggiat seni bunga dip ini, maka inilah dia saya bawakan satu website untuk dimanfaatkan bersama-sama. Saya berharap dengan adanya website ini para pengunjung akan lebih mudah mendapatkan apa-apa maklumat berkenaan bunga dip serta dapat berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan pengunjung yang lain.
Untuk makluman pengunjung sekalian, saya juga adalah merupakan seorang yang baru berkecimpung dalam seni pembuatan bunga dip. Walaupun saya telah lama menaruh minat dan berazam untuk membuat bunga dip sendiri, hanya pada tahun ini sahaja matlamat ini dapat saya capai.
Ketika mencari-cari maklumat berkenaan bunga dip di internet, saya dapati tiada satu pun website menggabungkan maklumat berkenaan bunga dip di suatu portal secara teratur. Boleh dikatakan maklumat-maklumat ini bertaburan di sana-sini di dalam dunia cyber ini sehingga proses mendapatkan maklumat menjadi pengalaman yang memenatkan. Maklum sahajalah nak mengadap internet pun dah agak jauh malam setelah selesai semua tugasan sebagai ibu dan isteri.
Saya harap anda yang baru mula berjinak-jinak dengan bunga dip tidak perlulah menghabiskan banyak masa mencari maklumat seperti yang saya lalui itu dengan adanya website ini. Lagi pun zaman ini adalah zaman orang berkongsi maklumat, tidak ada apa-apa ilmu yang perlu disorokkan…”sharing is caring”.
Di website ini saya telah letakkan pautan-pautan kepada otai-otai seperti kak krie, qiasatina dan lain-lain untuk dijadikan sebagai role model kepada para newbie macam saya. Hasil kerja mereka memang walla…menarik tertarik kau memang the bomb!
Selain itu saya juga letakkan beberapa lagi pautan kepada beberapa orang yang menyediakan kelas untuk belajar membuat bunga dip, tempat membeli bahan dan beberapa website lain untuk dijadikan reference yang saya rasakan berguna.
O.k. tentang perjalanan penghasilan bunga dip saya, sebenarnya ini sudah menjalankan beberapa ujikaji dengan beberapa jenis bahan semenjak seminggu yang lalu. Syukur Alhamdulillah setelah hampir satu jambak bunga yang “tak berapa menjadi” dihasilkan akhirnya berjaya juga saya hasilkan bunga dip “ala-ala berjaya”. Ini kira berjaya level newbie sahaja, bukan level otai…:P. InsyaAllah ada kelapangan nanti saya kan upload gambar dan kita akan tengok bersama-sama.

Advertisements
Posted in bunga dip | Tagged | 12 Comments