Tips Memilih Warna Tema part 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu alaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya dah lama saya fikirkan untuk tulis entry kali ini. Tapi bila saya mula merangka untuk menulis, selalunya berakhir dengan information overload ataupun kebanjiran maklumat. Akhirnya saya keliru dan kehilangan punca untuk menulis. Maklumlah blogger amatur 🙂

Di mana saya patut mula ye….? Berdasarkan pengalaman saya yang tidak  seberapa ni, memilih warna tema memang agak rumit bagi pasangan pengantin yang sudah tentu mempunyai warna kegemaran masing-masing. Sang puteri mengimpikan perkahwinan bertemakan fruitty pinky tetapi sang putera malu-malu untuk memakai pakaian berwarna merah jambu….takut digelar “mat jambu” :). Maka sang putera mencadangkan warna hitam, hitam itu menawan katanya…sang puteri membangkang kerana hitam: kaler orang berkabung…

Pilih warna yang bersesuaian dengan rona kulit anda: Anda perlu memilih warna yang menyerlahkan penampilan anda. Ingat! anda adalah raja sehari, anda yang patut menjadi tumpuan pada hari bahagia tersebut. Berdasarkan carian dan bacaan saya, secara umumnya rona kulit boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Cool dan Warm. Untuk kenali rona kulit anda sila rujuk carta dibawah.

sumber dari: http://www.threecustom.com/

Setelah anda mengenali rona kulit anda, boleh la merujuk kepada carta yang berikut untuk memilih warna tema yang bersesuaian dengan kulit anda.

ini untuk Cool Skin Tone

ini pula untuk Warm Skin Tone

Sumber :http://www.yourlifemagazine.com/style.html

Hingga ke entry yang seterusnya mengenai tips pemilihan warna.

🙂

This entry was posted in bunga dip, tips perkahwinan. Bookmark the permalink.

1 Response to Tips Memilih Warna Tema part 1

  1. Harry says:

    bagus banget nih tip memilih warnanya.

Leave a comment