Bunga-bunga Dip Percubaan

Bunga dip percubaan pertama berwarna putih dan yang kedua berwarna merah jambu.

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana agak terlewat ‘mengupdate’ blog ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang sudi singgah di blog ini. Hari ini merupakan hari ke 15 blog ini dizahirkan di alam cyber ini dan jumlah pengunjung juga telah mencapai lebih dari 100 orang, termasuk dari negara tetangga kita Indonesia saya percaya. Syukur Alhamdulillah, inilah diantara kelebihannya alam cyber dan semoga anda semua mendapat manfaat dari blog ini dalam apa jua bentuk sekali pun. Sudi-sudilah tinggalkan pesanan di ruangan komen jika berkesempatan.

Seperti yang saya janjikan saya ingin berkongsi dengan anda beberapa pengalaman pertama saya membuat bunga dip. Cecair dip yang pertama saya beli ialah jenis C (rujuk post sebelum ini) dan diperbuat dari USA. Cecair dip jenis ini berbau wangi dan saya memilih warna yang ‘opaque’ atau legap iaitu warna coklat dan putih. Jenis bunga yang telah lama saya idamkan untuk dibuat ialah bunga ros, maka ujikaji pertama saya ialah bunga ros berwarna putih. Setelah siap membuat gelung-gelung dawai yang dibentuk, sampailah ke saat-saat yang dinanti-nantikan iaitu masa untuk meng’dip’kan gelung-gelung dawai tersebut.Dip punya dip satu pun tak menjadi, habis rosak dawai-dawai tersebut, tak tahu dimana salahnya. Setelah hampir sebotol thinner digunakan hanya sedikit sahaja gelung-gelung kelopak bunga yang berjaya dihasilkan untuk membentuk cuma sekuntum bunga ros.

Dari situ saya meneruskan carian maklumat di internet dan saya mendapat satu maklumat iaitu cecair dip jenis ‘made in USA’ agak sukar untuk digunakan. Keesokan harinya saya terus mencari cecair dip ‘jenis made in China’ yang dikatakan lebih mudah untuk digunakan. Setelah mencari dibeberapa kedai di sekitar bandaraya Ipoh, akhirnya saya berjaya menemui cecair dip jenis A di sebuah kedai bunga. Memang benar, setelah saya mencuba dengan cecair jenis A ini, ternyata ia lebih mudah dikendalikan berbanding jenis C.

Saya berjaya menghasilkan beberapa kuntum bunga ros berwarna merah jambu dengan cecair jenis A ini. Di antara dua jenis bunga yang dihasilkan saya berpendapat bunga yang dihasilkan dari cecair jenis C adalah lebih menarik kerana ia lebih tegap, kurang berkedut dan warna lebih terang. Walaupun begitu saya masih belum berpuas hati dengan kualiti bunga yang dihasilkan dan saya perlu mencari lagi satu jenis cecair dip untuk di cuba. Saya akan ceritakan pengalaman saya dengan cecair jenis B di kesempatan yang lain. Jumpa lagi.

This entry was posted in bahan-bahan, bunga dip, cara membuat bunga dip. Bookmark the permalink.

4 Responses to Bunga-bunga Dip Percubaan

  1. ju says:

    salam..kak sy nk ty apa beza dip kristal dan dip biasa..anyway thanks for info yg amt berguna ni

    • emiariyani says:

      hi ju…
      entah la ju…agaknya yang colour transparent tu dip kristal dan yang warna legap/opaque tu dip biasa..ni saya teka je sebab saya pun tak pernah dengar pasal ni..ada sesiapa boleh membantu?

  2. eiyda says:

    askum…hyyyy..dh lma sy cri semua ttng bunga dip,sy mmg minat dan trtarik sgt ,tp sy dr kelantan ssuah untuk mencari bhanNya….sy juga ign cuba nasib untuk buat duit dgn bahan tersebut,

Leave a comment